Khamis bermakna sekejap je lagi aku akan weekend..haha..Almaklumlah tak de class jumaat, sabtu and ahad. Apa2 pun pukul 11 ni ada presentation chem. Dah lama tak present ni. Cuak gak!
Dari Anas bin Malik r.a ia berkata: " Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: Mengapa demikian ya Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana Nabi Ibrahim as. masuk menghadap Raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapat hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar."
Para ulamak telah mengisahkan bahawa ada 7 Nabi dan wali memperoleh sesuatu pada hari Khamis:
1. Nabi Ibrahim as. menemui Raja Mesir pada hari Khamis, maka beliau dapat Siti Hajar.
2. Tukang memberi minum raja Mesir keluar pada hari Khamis, maka ia mendapat kebebasan dari penjara.
3. Saudara2 Yusuf menemui Yusuf pada hari Khamis, maka mereka mendapat kenikmatan.
4. Bunyamin masuk ke Mesir pada hari Khamis maka ia berjumpa dengan abangnya Yusuf.
5. Ya'kub as. masuk ke negeri Mesir pada hari Khamis maka beliau mendapat keamanan.
6. Musa as. masuk ke Mesir pada hari Khamis maka beliau bertemu dengan Qibti.
7. Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mkah pada hai Khamis maka baginda mendapat kemenangan.
Moga2 presentation hari ni berjalan dengan lancar.Insya-Allah.Amin..
Muhammad Isa Selamat, Rahsia 7, Darul Nu'man, m/s 104
No comments:
Post a Comment