Sunday, June 19, 2011

confess

Bismillahirrahmanirrahim..

1. alhamdulillah selesai mid sem exam! hoorey!

siapa sangka, exam duduk sebelah sebelah? hahah.. gara gara buat hari ahad. bro yang pegang kunci exam hall tu cuti. pintu tak boleh bukak. terpaksalah buat dalam kelas je.

2. lagi seminggu final exam pulak :(

pelik betul short sem. memang short betul. mid sem exam pun baru habis dah nak prepare untuk final pulak!

3. hari tu ada sister tanya : "batch korg ada adik- beradik ke?" :-/

tak faham

4. then, semalam ada lagi sister tanya: "batch korg dah ada yg kawen ke?" :-s

ok. baru faham. concern betul sister sister ni. anda batch cts 101 mungkin lagi faham. bukanlah saya untuk kecoh pasal benda ni. tapi benda dah depan mata. orang pun dah mula cakap cakap (sebenarnya dari awal sem 1 lagi). saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat atau melarang kerana saya tahu kamu kamu semua lebih faham dan arif perihal hal hal berkaitan agama ni dari saya. tapi kita sebagai satu family. mungkin ada yang terlupa. tugas kita untuk saling mengingati. mungkin dah ada yang menegur. mungkin. atau semua macam saya? (ambil langkah iman yang paling rendah- mencegah dalam hati?).

nasib baik ada blog. sambil tulis ni saya nak mengingatkan diri saya juga. mungkin lepas ni kalau saya pula ada buat salah ke, kamu kamu semua boleh menegur saya. saya amat menerima dengan hati yang terbuka. (insyaAllah).

harapan saya tidaklah besar, cuma berharap kita dapat lebih berjaga dan saling jaga menjaga. bersesuaian dengan slogan 72 mathematicians; 52 gorgeous young women guarded by 20 awesome matured men . lelaki yang mature lagi gentleman bagi saya cukup dengan melindungi kami kaum hawa dari fitnah dan bahaya. ok fine. saya salahkan lelaki. haha.. wanita tu kan ada 9 nafsu 1 akal. lelaki lah yang perlu guide kalau perempuan tu tak dapat nak guna 1 akal dia. dan sebab bak kata dr razak, laki takkan kawin dua kalau dia sendiri yang tak nak. nabi Yusuf takkan terpujuk dengan Zulaika kalau dia sendiri tak dapat kawal nafsu dia. betul tak? so, tanggungjawab lelaki memang besarlah untuk protect wanita kan. dan amat baiklah di kalangan kita apabila diuji dengan ujian sebegini, kita dapat mengawal nafsu kita dan meneruskan kehidupan dunia di jalan yang lebih diredhaiNya.

saya tak pandai nak tapis tapis ayat. memang jenis direct dan terus terang. jadi maaf banyak-banyak kalau terasa.

5) 2 hari lepas present pasal topic islamic insurance. entah kenapa menggeletar habis.

ini masalah yang saya kenal pasti sejak mula masuk sini. entah kenapa darah gemuruh menjadi-jadi. kat cfs dulu biasa je. peristiwa yang paling obvious mendebarkan hati saya ialah masa kelas tajwid dengan ustaz kamaruzzaman masa first sem dulu. dasyatnya sampai ustaz suruh saya tenang dan minum air dulu sebelum start baca alquran.huhu.. then ada lagi satu time ketua batch lama (yang suka main point point nama orang) suruh saya bagi tazkirah/ speech apa apa kat depan kelas on the spot. masa tu memang melalut la cakap kat depan. dan memang rasa macam nak belasah je orang yang pointkan nama tu. macam mana nak kurangkan penyakit ni?


6. 2 hari yang lepas juga dalam kelas yang sama leanna buatkan fb  :|

saya terima untuk buat fb ni pun sebab nak contact kawan kawan lama (especially budak budak pufo). tiba tiba rasa macam lost contact betul sebab tak de fb. semua orang macam memang dah betul2 depend on fb ni sampai nak contact guna phone/ym pun macam susah.. tapi yang geramnya, tak sampai 24 hrs berita saya dah buat fb meluas tersebar dalam kalangan budak budak kelas. ingat guna nama lain boleh main nyorok nyorok. isy.

7. saya rasa macam ada orang cuba lari dari saya :((

minta maaf banyak banyak kalau ada buat salah.ohh.. mungkin kita dah lama tak hangup sama sama. borak sama sama. saya faham. kita perempuan ni memang hati halus. cepat terasa. tapi saya harap kamu tak ingat yang saya dah lupakan kamu. harap kamu faham. saya tak bemaksud nak menyinggungkan hati siapa siapa. cukup lah selama ni dah banyak hati yang tersinggung dengan sikap annoying saya. maaf!



setakat ini saja. peace!



Best regards,

Saturday, June 11, 2011

last speech

Bismillahirrahmanirrahim..

aku percaya yang dalam hidup ni
Allah tak pernah abaikan kita satu saat pun
tapi kadang-kadang kita yang sendiri abaikan diri kita
kita yang biarkan setiap nikmat nafas dan saat yang Allah berikan kat kita di dunia ni dengan sia-sia
sebab kita rasa kita byk masa lagi
sebab kita ingat umur kita masih muda. mungkin.
baru 20. belum cecah 21 lagi.
aku la tu.
kadang-kadang geram dengan diri sendiri
selalu kalau ada masa lapang habis gitu je. tido.
lagi-lagi time time short sem yang agak lengang ni.
orang kata benda tu normal
tapi aku tetap rasa tu sia-sia
banyak lagi benda yang boleh dibuat
banyak lagi benda yang tak terbuat
kecualilah kalau tu tidur waktu malam. harus kut. zalim diri sendiri namanya kalau tak buat.
atau tidur before zohor ke.sunat.hmm..
pagi tadi aku bukak video ni kat youtube
tengok seorang yang amat inspire aku sejak aku tahu kewujudan dia hujung tahun lepas.
dia quote satu pepatah arab ni yang mungkin ramai dah pernah dengar, yang lebih kurang bunyinya,


Air yang tidak mengalir (statik) akan merosakkan air tersebut.
Pemuda yang banyak masa kosong (tanpa digunakan dengan bermanfaat) akan dibunuh oleh masa kosong itu sendiri.

appreciate masa sihat kita sebelum sakit
appreciate masa muda kita sebelum tua
appreciate masa kaya kita sebelum miskin
appreciate masa lapang kita sebelum sempit
appreciate masa hidup kita sebelum mati


dan mengingati mati tu aku pikir salah satu cara untuk kita muhasabah balik diri kita yang selalu lupa
dan video 8 minit bawah ni yang selalu aku ulang tayang
untuk ambil ibrah dan semangat darinya
walaupun jasadnya telah tiada
mungkin boleh memberi peringatan kepada kita tentang hakikat kehidupan kita yang singkat di dunia ini
insyaAllah dengan izinNya.





moga air mata dapat melembutkan hati yang gersang ini
Al- fatehah buat allahyarham..

p/s: credit to syahir yang telah menunjukkan aku video ni tahun lepas.


Best regards,

Thursday, June 2, 2011

teacher tika

Bismillahirrahmanirrahim..

Asalamualaikum and goOd morning pembaca2 sekalian! korang dah selesai breakfast atau kemas tempat tidur selain sibuk dok online pagi2 ni? err.. tak dalah pagi mana.
haha.. selesai satu perenggan.

lately, for the past few weeks ni aku agak kesibukan untuk preparation program bersama anak2 kecil yang comel lagi bijak sekitar kuantan anjuran uia ni. jap lagi aku cerita sikit2. dah cukup bersawang belog ni, sampai aku sendiri tak tau da nak buat apa.

ok.ok. aku try. update. update one entry.



"Recite in the name of your Lord who created"

Basically, this is what the program is all about. inspired by surah al-alaq verse 1 in our noble divine scripture- Al-quran, English Reading Program had been held for the second time to create awareness among children and parents about the importance of reading and to make kids to love and enjoy reading very much. maybe ni boleh jadi first step untuk kanak-kanak ni rasa minat untuk membaca dan seterusnya terus-menerus untuk mencari ilmu tu from cradle to grave.

Being a facilitator and responsible for 12 children of standard 4 students, I'm not very sure and confident about myself. yelah,, English pun dah berkarat sebab da lama beno tak praktikkan. kalau dapat student yang fluent habis, speaking like water tercengang aku kat depan nanti. lagi worse kalau kena betulkan grammar atau pronunciation oleh budak2 tu nanti. malu.malu. all the kalau2 things memang tak patut betul aku pikir waktu tu.

"When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place"-quote

Alhamdulillah..after 2 weeks dengan berkotak-kotak buku english with different genres and titles yg menarik2 (just name it; humor, investigation, crime,romance, fantacy, comics etc), presentation and practice (again and again) depan other faci dan depan madam norhayati (the one yang bertungkus-lumus untuk melihat program ni berjaya) dan meeting juga discussion yang of course conducted in English menjadikan telinga aku jadi semakin lali dan mulut semakin biasa dengan bahasa asing yang berjaya merampas takhta bahasa Melayu sebagai lingua franca satu masa dulu. wheee..

hari yang dinanti-nantikan tiba. gelabah punya pasal, aku bawa budak2 tu ronda satu kos cari kelas A 111. dengan rasa bersalahnya, aku cakap dengan dorang yang kita tengah wandering around and see how big this building is. nasib baik terserempak dengan kak teh (our program manager) dan dia meriuhkan keadaan dengan mengambil gambar kita orang sepanjang perjalanan ke kelas. lol.

teori falaha malam sebelum program start memang tidak sesuai diguna-pakai untuk conduct program dengan budak2 yang hyperactive. memang lain jadi faci dengan budak2 yang dah besar macam masa join gcc (guidance and counselling club dulu) dengan budak2 yang tengah baru nak explore dunia ni. baju kurung with lady shoes memang boleh buat kaki cramp dan badan basah lencun!

pagi-pagi memang senyap je semua..




from right: tina, alya, nana, najwa, rose, farrah


from right: muslyh, nadz, jarzrul, asy-syatibie, naqib,alief
  dalam pukul 10 tu memamg dah riuh la kelas. Alive.

singing, game, perkenalkan dorg dengan different type of genres, blurb (baru aku tau yg sinopsis kat belakang buku tu nama dia blurb). before start reading books atau dengar lagu, kita kena buat Pre-listening dulu supaya students ni jadi fimiliar dengan words yang bakal digunakan. jadi, dorang tak rasa susah dengan vocab2 baru yang dorang bakal jumpa, walhal kita baru je perkenalkan dengan dorang.

Jadi drama queen dalam kelas untuk budak2 memang dah lama ditunggu-tunggu. sebab memang dah nature aku suka main-main dengan budak-budak. nak tunggu dekat kelas (i mean the real class during lecture) untuk jadi terencat sekejap memang harapan laa.. budak kelas aku sendiri pun cakap aku serius. tapi, what can i say, threre're more than what meet the eyes kan.

drama queen teacher and dramatic students.

-diajarnya perkataan crawl, si nadz tu sampai ke dinding crawling macam spider. then, crawling like a baby dekat simen kelas plak.

-naqib plak pagi-pagi lagi dah sakit perut. kenalah aku bawak pergi tandas laki. 2 kali plak tu. since, dia kata dia scare nak pergi toilet kenalah aku teman dia and tolong pegangkan seluar dia. first time kut masuk toilet lelaki uia.errrrrr...budak2 lain kat kelas, aku pasangkan depa dengan audio book.

-waktu zohor lagi lawak. solat berjemaah dekat wackos (student lounge).. nadz pakai short pants lepas tu dia tanya aku boleh solat ke tak. aku cakap lah ok je as long as it covers your knees. tapi muka dia macam tak sedap je, so aku pun masuklah musolla lelaki (again first time lagi) cari kain pelekat. nasib baik jumpa.


in the state library
 lepas zohor, mereka dibawa ke state library. tujuannya suruh mereka tau kat mana state library tu dan seterusnya nanti boleh ask dorg punya parents bawa pergi sana masa weekend. aku terlepas bas dengan dorang masa tu sebab kaki dah cramp masa tu, terduduk dekat tepi musolla tu. numb. nasib baik aku dah minta tolong peanut jagakan dorg dulu.



my group-group 5

in the bus, on the way back..
balik dari library je, dah kena main kejar2 dengan dorg sebab semua dah tau kelas kat mana. berlumba-lumba lah kami pergi kelas tengok siapa sampai dulu. faci pun dah macam budak2. haha..

sampai kelas budak2 laki buat lagi tawaf satu kos 2 pusingan sebab air- cond kelas lambat berfungsi. kata dorg nak amek angin dan sejukkan badan. aku pun biarkan je lah. biar dorg rasa makin sejuk ke makin panas. hahha..


at last, book review session aku buat kat koridor kelas. lagi windy and breezy.


the most outspoken child..

naqib with his drawing

kalau nak diceritakan memang panjanglah jawabnya post ni. belajar dan mengajar. experience yang buat aku tersenyum sampai sekarang bila ingat2 balik. sekalung budi buat semua yang membantu and give helps through thick and thin. jasamu amat dikenang.



Reading is fun. Reading is fun.
I love reading everyday.
Reading makes me smart and you can be too!
Why don't we read a book or two?
-sing like a barney's song-



facilatators and committees...

peanut,me, yani




lagi satu, rasa terharu sangat2  bila masa closing ceremony tu ada yang datang salam cium tangan and cakap, thank you teacher.. sweeet kan.






Akhirnya, .. boleh menarik nafas lega setelah berakhirnya program ni dengan jayanya. Alhamdulillah..

last but not least, saya dedicate kan video ni to all my children students, friends,teachers and mama  for all the hard work, kindness and memorable experiences you give me.  and Allah, thank you for giving me those lovable people around me.

This video was the theme song for this program that I made it myself :)
.
.
 .
.
.




.
.
 fine. wifi uia tak berapa bagus pagi ni. lama kut tunggu.next time insyaAllah aku upload video ni.



ok. cukup panjang dah.


Best regards,