Friday, October 29, 2010

earphone

Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat saya peristiwa di musolla di KOS. Ada seorang sister menegur sister2 yang bising dekat belakang ketika jemaah tengah solat di hadapan. Respon: Ramai juga yang tak puas hati. tak faham..

-Saya ucapkan tahniah kepada sister itu kerana barani menegur secara terbuka macam tu! Bukan senang nak jumpa orang yang sudi tegur kita bila kita lalai atau terleka. terima kasih =)


-Suasana bising, hinggar-binggar memang mengganggu orang sekeliling. Tak kesahlah mengganggu orang yang tengah solat ke, mengganggu orang yang tengah study ke dll.


-Kita perlu amalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. bukan hanya hormat pada ibu bapa dan orang tua saja.

-Sebenarnya, motif post ni nak cakap pasal tajuk di atas (scroll balik kat atas)

-earphone/headphone/sekutu dengannya adalah teknologi terbaik yang boleh digunakan jika anda peminat music. Sebab, bunyi music yang anda dengar hanya dapat didengar oleh anda sahaja.Unik bukan? Makanya, ia tidak mengganggu orang sekeliling anda yang tidak gemar dengan music yang anda dengar atau yang cuba untuk focus dengan hafalan dan latihan kira2 atau apa-apa saja. ia juga berguna untuk melarikan diri daripada keriuhan suasana sekeliling yang tidak digemari.

-earphone juga mengurangkan kadar radiasi di telinga berbanding kita direct dengar dari radio,laptop,mp3, handphone dll. anda boleh google search.


p/s: tadi ada madam datang buat spot-check. electrical item apa yang belum didaftar lagi. tapi memang tak effective dan practical cara tu sebab dia check gitu2 je, apa yang dia nampak je. lupa nak check dalam locker barang2 yang di 'seludup' masuk tanpa kebenaran. tak faham apa motif 'spot-check' tu. buat terkejut je ..




Best regards,

Saturday, October 23, 2010

Kekalkan stamina!

Bismillahirrahmanirrahim..

FINAL EXAM

29/10, 8.30 am -Tilawah
31/10, 9am- UNGS
1/11, 9am- Analytic Geometry
7/11, 2.30pm- Calculus 1
9/11, 9am- Management
10/11,2.30pm- Number Theory
11/11, 9am- Computer in Science

kita try buat exercice calculus & NT waktu petang dan kerja2 menghafal waktu pagi. First time nak final ni.(dekat main camp).huh..cuak! doakanlah aku berjaya lepas sem ni..


harap2 jumaat pagi depan dapat mengaji semerdu 3 budak exempted tilawah kt atas ni. - yg kanan.

Best regards,

Monday, October 18, 2010

Cabaran muda mudi

Bismillahirrahmanirrahim..

Final exam semakin hampir!!ohh .. tidak. Rasa muak pula bila buka buku math..

Kehidupan kita lebih-lebih lagi bila tinggal berjauhan dengan family memang seronok selalu. Yelah, bila mak ayah jauh dari pandangan mata mudah untuk kita bertindak sendiri. Nak keluar sampai lewat malam tak ada orang nak marah, kita asyik lupa solat, ayah tak tahu,nak berjoli duit ptptn/scholarship, nak perhabiskan duit rakyat tak de siapa nak kesah, nak dating single/double date, beromantik,  menghabiskan kredit 200,300 sebulan pun tak pe. tak de siapa nak bebel.huh!?/

kita lupa ada kuasa yang lebih besar sentiasa melihat kita.
Ada makhluk Allah yang taat yang duk mencatat segala amalan kita tanpa rehat sesaat pun
kita lupa yang umur 20 bukanlah muda lagi, bila2 je boleh ditarik dan distopkan jangka hayatnya

kalau dulu time spm kita rasa kita dah belajar sungguh-sungguh tapi result dapat ala kadar je
kita lupa yang waktu tu kita selalu escape kelas, escape riadah sorok bawah skirting katil, orang berjemaah kat musolla kita sodorm (solat dalam dorm), orang pergi outing minta sign warden, kita punya kad outing putih bersih sebab biasa fly je.
keberkatan dalam hidup tu tak ada.

Nasib baik Allah Maha Penyayang kasi kita peluang lagi
at least dapat masuk u, walau tak di oversea. dapat hidup menikmati alam ni lagi
nak suruh kita berfikir dan berfikir dan insaf.
tapi tak insaf2 sebab kita ego. kita sayang nak tinggal benda2 yang sebati dalam diri.
kita takut tak ada orang nak kawan kepada kita yang 'skema jagung' dan yang tak 'up-to-date' lagi.

seperti kata kawan saya, tujuan hidup ni adalah untuk mencari mardatillah..
keredhaan Allah.
kalau kita fikir balik matlamat akhir hidup ni,
nak picit shower form orang lain dalam bilik air pun kita tak jadi buat
nak bawa periuk belanga, rice cooker dalam mahallah pun tak jadi.
bukan sebab takut kena compound rm50/100
tapi sebab kita ikut rules and regulation mahallah
supaya Allah redha dengan segala tindak tanduk kita kat muka bumi ni.

"One day We shall call together all human beings with their (respective) Imams: those who are given their record in their right hand will read it (with pleasure), and they will not be dealt with unjustly in the least. But those who were blind in this world, will be blind in the hereafter, and most astray from the Path." (Al-Israa, 71-72)

semoga mata ini tak buta lagi untuk menilai yang mana buruk dan yang mana baik
semoga hati ini tak keras lagi nak terima segala nasihat dan teguran orang
semoga akal masih waras dan sihat untuk berfikir dan berfikir
semoga kudrat masih kuat untuk meneruskan ibadat dan tanggungjawab dunia.
semoga bibir segar dengan zikrullah dan ucapan yang baik2
semoga diri ini bukan dari golongan cakap tak serupa bikin.bukan dari kalangan munafiq..
semoga keyayaan diraih bersama, bukan setakat dikertas exam tapi juga di kehidupan yang kekal abadi kelak.

p/s:entry ni khas untuk mengingatkan diriku yang sering alpa dan lalai dengan nikmat duniawi ini. Maaf jika ada yang tersinggung.



Best regards,

Friday, October 1, 2010

Penyepit kayu

Bismillahirrahmanirrahim..

baiknya si pemilik tulisan ini..


petang Jumaat di ampaian menyidai kain..

Best regards,

Separuh Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim..




Mid Sem Exam Tilawah (22/9/10)
Gathering Raya CTS (25/9/10)
Mid Sem Exam Calculus (29/9/10)
Assignment UNGS (30/9/10)
Open House Rumah Jesni (2/10/10)
Hafazan Study Circle (10/10/10)
Interview Manager Project (15/10/10)
Final Exam (3-14/11/10)

Alhamdulillah.. selesai juga beberapa perkara yang membebankan selepas cuti raya. Mid Sem Exam semua dah selesai, assignment UNGS yang menuntut tidur 4 pagi gara-gara last minute kerja telah submit (kerja luar alam!)..Ohh.. yang tinggal hanya yang ringan-ringan saja sebelum menempuh final exam bulan 11 nanti.
Terasa sungguh indah pagi Jumaat ini =)

Kehidupan di UIA sebagai pelajar jurusan sains matematik tidaklah setenang dan se'rilex' yang disangka. Kalau rasa baru nak siapkan soalan 1 Tutorial 6 Number Theory, ada Tutorial 7 & Tutorial 8 sedang menanti dalam fail untuk di kerjakan. Jadual yang agak pack memang satu kejutan buat kami (saya je kut yg rasa) yang dah biasa contact hour bawah 15 jam dekat cfs dulu.

Cabaran dan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang mahasiswi lebih terasa bilamana persiapan awal diperlukan dalam segala macam hal (lupakan seketika assignment ungs). Kalau di cfs dulu kelas jam 8 pagi, pukul 7.45 pagi masih boleh terhegeh-hegeh bersiap di mahalah kerana jarak yang hanya 3,4 minit dari kelas ke mahalah. Kalau sekarang kena ikut shift 'abang' bas RJ Liner. Pagi, setiap 15 minit dia akan pusing sekitar campus, petang pula setiap 30 minit.

Persiapan awal juga perlu bagi menghadapi exam-exam yang mendatang. Saya masih cuba mengadaptasi dan mengexperiment cara belajar yang sesuai dengan diri dan subjek yang diambil. Caranya tak boleh sama macam SPM dulu yang lebih kepada exam-oriented. Saya mula faham, pentingnya memahami setiap subjek itu dari pelbagai aspek dan diaplikasikan dalam kehidupan. Bukan lagi belajar untuk hafal dan exam semata. Then, dapat A dan lupakan semua yang dah lepas exam. Mungkin saja boleh dirombak atau dikekalkan strategi belajar yang sedang 'diexperiment' bila melihat keputusan exam baru-baru ni. Apa-apapun, saya dapat mengenalpasti serba-sedikit corak soalan exam lecture-lecturer saya. Contohnya,

Prof. Nasir (Analytic Geometry): kena buat latihan dia dalam kelas, soalan exam hari tu mostly apa yang dah buat masa beberapa hari kelas sebelum exam.

Dr. Pah (No. Theory): siapkan semua Tutorial! Then, tengok semua theorem dan proof yang bincang dalam kelas.

Jesni (Calculus): Fahamkan Concept!

UNGS (Dr Razak): Read the notes again and again .

Dalam masa yang sama, persiapan awal juga sebenarnya penting dalam semua perkara. Kalau kata nak dating, ada laki sanggup pinjam duit kawan nak belanja aweks nya sehari suntuk.Kalau kata nak balik rumah, kena beli tiket awal takut tiket habis. Belum lagi persiapan untuk kahwin, untuk dapat Wedding of The Century. Nak dapat anak yang bijak bestari. Persiapan nak jadi  isteri, menantu, wanita yang solehah. Persiapan nak memacu keluarga, bangsa dan negara ke arah kehidupan yang bersyariat (besarnya harapan) Persiapan nak hadapi mati. Kalau tak bersiap-siap, bersediakah kita nak hadapi event-event besar dalam kehidupan kita kat dunia dan akhirat kelak?Wallahua'lam.


Tak sangka dah 20.



Best regards,